SISTEM PENGANGKUTAN PADA MANUSIA




                                  SISTEM PENGANGKUTAN DALAM BADAN MANUSIA.


 Sistem  pengangkutan darah terbahagi kepada sistem peredaran darah dan sistem limfa.

·         Sistem peredaran darah dalam badan manusia terdiri daripada:
1.    darah
2.    salur darah
3.    jantung


KOMPOSISI DARAH

·         Darah manusia terdiri daripada 55% plasma dan 45% sel darah.
·         Terdapat 3 jenis sel darah:
1.    eritrosit
2.    leukosit
3.    platelet

ERITROSIT
LEUKOSIT
PLATELET
  •           berbentuk dwi cekung dengan membran yang kenyal
  •            dihasilkan di sumsum tulang
  •           boleh hidup selama 120 hari dan eritrosit yang telah tua akan dimusnahkan di limpa dan hati.
  •           mengandungi hemoglobin (pigmen respirasi yang mengandungi besi dan menyebabkan darah berwarna merah).
  •            hemoglobin mengangkut oksigen dalam bentuk oksihemoglobin dan karbon dioksida dalam bentuk karbaminohemoglobin.

  •           mempunyai nukleus dan mempunyai bentuk yang tidak tetap.
  •          berfungsi untuk mempertahankan badan dari diserang penyakit.
  •           terdapat 2 jenis leukosit.

1.    granulosit
2.    agranulosit
  •      granulosit (sitoplasma bergranul)

1.    terbentuk dari sumsum tulang.
2.    terdapat 3 jenis granulosit iaitu neutrofil,eosinofil dan basofil.
  •            agranulosit (sitoplasma tidak bergranul)

1.    terdapat 2 jenis iaitu limfosit dan monosit.
  •            merupakan cebisan sel yang lebih besar di dalam sumsum tulang.
  •           platelet tidak mempunyai nukleus.
  •           platelet terlibat dengan pembekuan darah.







SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA

·       dikenali sebagai sistem peredaran darah tertutup dan ganda dua.
·         kerana, darah mengalir berterusan di dalam salur darah melalui jantung sebanyak dua kali dalam satu peredaran lengkap.
·         terdiri daripada 2 sistem peredaran utama:
                      1.sistem peredaran pulmonari(jantung-peparu-jantung)



                      2.sistem peredaran sistemik(jantung-semua tisu badan)




PENGALIRAN DARAH DALAM BADAN MANUSIA





STRUKTUR JANTUNG






  • Dinding jantung bersifat miogenik, iaitu oto kardium pada otot jantung mengecut secara automatik tanpa kawalan saraf.
  • Jantung manusia terdiri daripada dua ruang atas (atrium kiri dan atrium kanan) dan dua ruang pada bahagian bawah ( ventrikel kiri dan ventrikel kanan).
  • Bahagian kiri dan kanan jantung dipisahkan oleh dinding jantung yang dinamakan septum.
  •    Dinding atrium adalah lebih nipis daripada dinding ventrikel kerana atriun hanya mengepam darah ke dalam ventrikel di bawahnya manakala ventrikel pula terpaksa mengepam darah ke organ badan yang lain dengan tekanan yang lebih tinggi.
  • Dinding ventrikel kiri  tebal dan berotot berbanding dinding ventrikel kanan kerana ventrikel kiri perlu mengepam darah ke seluruh badan manakala ventrikel kanan hanya mengepam darah ke peparu sahaja.



SALUR DARAH

·         Terdapat tiga jenis salur darah iaitu:
1.arteri
2.vena
3.kapilari
·         Arteri membawa darah beroksigen keluar dari jantung ke organ-organ seluruh badan
·         Vena membawa darah terdeoksigen dari seluruh badan kembali ke jantung.



ARTERI
KAPILARI
VENA
-terletak lebih dalam pada badan.
-terletak antara arteriol dan venul.
-terletak berdekatan dengan permukaan kulit.
-dinding tebal dan berotot.
-dinding nipis,setebal satu sel sahaja.
-dinding nipis dan kurang berotot.
-lumen kecil
-lumen yang sangat kecil
-lumen besar
-membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.
-membawa darah beroksigen pada hujung arteriol dan membawa darah terdeoksigen pada hujung venul.
-membawa darah terdeoksigen kecuali vena pulmonari.
-tiada injap kecuali arteri pulmonari
-tiada injap
-semua berinjap kecuali vena pulmonari.








 









Ulasan